PAradies

Sabtu, 10 Mac 2012

ayam goreng tepung dan ayam goreng bbq

Ayam Goreng Tepung & Ayam Goreng BBQ

    Bahan-bahan Ayam Goreng Tepung:
  • Ayam
  • Tepung
  • Tepung Jagung
  • Garam
  • Serbuk Bawang Putih

  • Bahan-bahan Ayam Goreng Madu BBQ:
  • Ayam
  • Sos BBQ
  • Madu
  • Mustard
  • Stok Ayam
    Cara-cara penyediaan Ayam Goreng Tepung:
  • Salut ayam dengan salutkan tepung dan goreng.

    Cara-cara penyediaan Ayam Goreng Madu BBQ:
  • Perap ayam di dalam perapan kemudian goreng.

nasi kandar kari ayam kering penang

Nasi Kandar Kari Ayam Kering Penang

    Bahan-bahan:
  • 9 biji Bawang Merah Kecil
  • 4 ulas Bawang Putih
  • 3 batang Kayu Manis
  • 4 biji Bunga Cengkih
  • Cabai Kering
  • 2 biji Tomato
  • Serbuk Kari Ayam
  • 1 dada Ayam
  • 1 Yogurt
  • 2 cawan Beras
  • 2 helai Daun Pandan
  • Daun Kari
  • Air Mawar

    Cara-cara penyediaan:
  • Hiris 5 biji bwang merah kecil, 4 biji bawang putih dan tomato di belah 4.
  • Selepas itu 4 cabai kering di belah 2.
  • Dada ayam dipotong kuib.
  • Panaskan kuali dengan 5 sudu minyak kemudian tumiskan bawang merah kecil, bawang putih 4 biji bunga cengkih dan satu kayu manis.
  • Apabila bahan tumisan dah naik bau masukkan cabai kering dan 3 sudu besar serbuk kari.
  • Kacau sehingga ayam itu masak kemudian masukkan tomato.
  • Masukkan garam, gula, lada sulah secukup rasa.
  • Renehkan sehingga agak hampir kering dan masukkan yogurt.

kentang wedges goreng


Kentang Wedges Goreng 

    Cara-cara penyediaan:
  • Ubi kentang dibersihkan terlebih dahulu, kemudian dipotong ‘wedges’. Setelah itu direbus sehingga masak. Masukkan garam secukupnya. Setelah kentang masak toskan air.
  • Pecahkan telur dan kacau sebati, masukkan serbuk secukup rasa maggi dan sedikit garam, kemudian gaulkan pada kentang ‘wedges’ yang telah direbus dan ditoskan.
  • Selepas itu taburkan tepung jagung yang telah digaulkan dengan Serbuk secukup rasa maggi. Gaul sebati seterusnya digoreng ranggup.

kek coklat durian

    Bahan-bahan:
  • Durian
  • Telur
  • Tepung
  • Pastri Filo
  • Gula
  • Bunga Rosell
  • Krim Putar
  • Krim Cheese
Cara-cara memasak:
  • Gunakan isi durian dan gaulkan dengan krim cheese hingga sebati.
  • Masak coklat hingga cair dan masukkan kuning telur, gaul sehingga sebati.
  • Masukkan pastri filo ke dalam ketuhar selama 15 minit.
  • Apabila pastri filo sudah sedia, sapukan isi durian yang bercampur dengan krim cheese, dan gulung.
  • Pukul krim putar, letak di pinggan untuk dijadikan 'base'.
  • Letak pastri filo yang berinti di atas.
  • Tuangkan coklat di atas pastri.

kek ubi bit berempah

Kek Ubi Bit Berempah 

    Bahan-bahan Kek Ubi Bit:
  • 1 sudu kecil Garam Halus
  • 4 biji Telur
  • 1 1/3 cawan Gula
  • 1 ½ cawan Minyak Masak
  • 2 ¾ cawan Ubi Bit (dibuang kulit dan diparut)
  • 1 cawan Nenas (dikisar kasar)
  • 1 cawan Kismis Hitam
  • Bahan-bahan Kering:
  • 2 cawan Tepung Gandum
  • 2 sudu kecil Baking Powder
  • 1 ½ sudu kecil Soda Bicarbonate
  • 2 sudu kecil Serbuk Kayu Manis
  • ½ sudu kecil 5 Spice Powder
  • ½ sudu kecil Serbuk Buah Pala

    Cara-cara penyediaan Kek Ubi Bit:
  • Panaskan oven 165C. Sapukan minyak/mentega di dalam tin membakar kek dan alas bawahnya dengan kertas minyak.
  • Pukul telur, gula dan minyak masak sehingga sebati.
  • Ayakkan campuran bahan-bahan kering ke dalam campuran telur.
  • Masukkan semula tepung ke dalam adunan sehingga sebati.
  • Masukkan ubi bit, nanas dan kismis hitam, gaulkan sehingga sebati.
  • Bakar di dalam oven selama 40-50 minit.

    Bahan-bahan Crumble Kcang Campuran:
  • 150gm Tepung Gandum
  • 150gm Mentega sejuk (dari peti sejuk, dikiubkan)
  • 100gm Gula Castor
  • 1 cawan Walnut (dibakar dalam oven sehingga perang muda dan garing)
  • 1 cawan Biji Bunga Matahari (dibakar dalam oven sehingga perang muda dan garing)

    Cara-cara penyediaan Crumble Kacang Campuran:
  • Kisar kasar kacang walnut dalam food processor.
  • Kisar bersama tepung, gula dan mentega sehingga menjadi crumble.
  • Gaulkan biji bunga matahari.
  • Taburkan crumble di atas dulang membakar dalam lapisan yang nipis.
  • Bakar di dalam ketuhar 160C selama 15-20 minit sehingga garing.
  • Untuk menghidang, pecah-pecahkan crumble menjadi serbuk kasar.

    Bahan-bahan Sos Kastard:
  • 500ml Krim
  • 2 batang Kulit Kayu Manis
  • 1 biji Kulit Lemon
  • 5 biji Telur Kuning
  • ¾ cawan Gula Castor
  • 1 sudu kecil Esen Vanilla

    Cara-cara penyediaan Sos Kastard:
  • Panaskan krim bersama kulit kayu manis dan kulit lemon, tetapi jangan sampai mendidih.
  • Pukul telur dan gula, dan tuangkan krim panas ke dalam adunan telur.
  • Kacau sehingga sebati.
  • Masakkan campuran adunan kastard dalam mangkuk di atas periuk air mereneh.
  • Teruskan mengacau sehingga kastard pekat.
  • Tambahkan esen vanilla.
  • Tapis kastard dan sedia untuk dihidang.

udang bersos kari nyonya mangga

Udang Bersos Kari Nyonya Bermangga

    Bahan dikisar halus:
  • Udang 4 ekor
  • 3 biji bawang merah
  • 2 ulas bawang putih
  • 2cm kunyit hidup
  • 2cm lengkuas
  • 6 tangkai cili kering direbus

  • Bahan digoreng dan dipotong bulat:
  • 2 hiris terung
  • 1 hiris lada benggala hijau, merah, kuning
  • Rempah 4 sekawan
  • Sebelah biji manga
    Bahan dihiris:
  • 2 tangkal daun kesom
  • 2 tangkal daun ketumbar

  • Bahan-bahan lain:
  • 4 sudu besar santan
  • Minyak, gula, garam, lada sulah secukup rasa

Cara-cara memasak:
  • Udang digoreng di dalam pan
  • Sebelum itu, panaskan garam dan lada sulah dan sedikit bahan yang dikisar
  • Tumis bahan yang dikisar ke dalam pan yang berminyak sedikit
  • Tumis sehingga masak rempahnya bersama 4 cawan rempah.
  • Masukkan santan masak sehingga pecah minyak
  • Masukkan mangga dadu, daun ketumbar dan daun kesum.
  • Tambahkan dengan garam, gula dan lada hitam
  • Susun sayur dan udang ke dalam pinggan dan hidangkan sos diatasnya