


LAMPU GASLIN BUTTERFLY
Sebelum merdeka, kebanyakan rumah di Tanah Melayu menggunakan pelita
minyak tanah atau gas untuk menerangi rumah pada waktu malam. Walau
bagaimanapun, bagi majlis kenduri, Hari Raya atau majlis lain yang
diadakan pada waktu malam, lampu gasolin digunakan kerana lampu gasolin
boleh menerangi kawasan yang lebih luas. Lampu ni menggunakan mentol
butterfly. Ianya dinyalakan dengan menggunakan minyak spirit yang di
letakkan pada bekasnya dalam balang kaca. Tangki di bahagian bawah lampu
diisi dengan minyak gas. Tangki ini dipam dengan menggunakan pengepam
yang terdapat pada badan tangki. Ianya dipam dengan tujahan yang kuat
untuk membolehkan mentol menyala dengan marak. Apabila keterangan cahaya
lampu berkurangan, tangki minyak perlu dipam untuk menerangkan
semula.teringat aku mase kecik-kecik dulu,bila aku pergi ke kebun arwah
atuk aku,lampu nilah meneranggi pondok durian arwah atuk aku bila
bermalam di situ bersama abng aku dan saudara aku,pengalaman yang
menyeronokkan pada masa itu apabila bermalam di kebun arwah atuk aku
yang di teranggi lampu gasolin BUTTERFLY....
Tiada ulasan:
Catat Ulasan